OPPSSSSSS!!!!!!!!

KAMI TELAH BERPINDAH DI SINI

USTAZ ZU KEMALANGAN

Kluang, Taman Megah, 19 Februari 2009 - Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di sini pada hari ini yang melibatkan sebuah kereta proton pesona dan sebuah trailer. Walau bagaimanapun tiada kecederaan bagi kedua-dua belah pihak. Pemandu kereta proton pesona Ustaz Zu Fakri Abu yang merupakan warga sekolah ini berkata kemalangan itu berlaku sejurus beliau dalam perjalanan balik dari sekolah.Menurut beliau lagi trailer yang diletakkan di taman perumahan itu telah menyebabkan laluan jalan sempit dan menyukarkan pengguna jalan raya berkenaan. Kereta yang baru dibeli oleh beliau selama 1 minggu itu telah bergesel dengan badan trailer ketika melalui jalan tersebut. Justeru satu aduan (report) di balai polis Kluang telah dibuat oleh beliau dan berharap agar pemandu dan pemilik trailer berkenaan yang juga merupakan salah seorang penduduk di kawasan itu diambil tindakan. Walaupun begitu beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada resiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________